12/11/2012

SURAH YASIN......

makna surah yasin dari ayat 1 hingga 10.

1. yaa siin...
2. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.
3. Sesungguhnya engkau wahai Muhammad adalah seorang Rasul dari Rasul-rasul yang telah diutus.
4. Yang tetap di atas jalan yang lurus.
5. Al-Quran itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa , Lagi Maha Mengasihani.
6. Supaya engkau memberi peringatan kepada kaum yang datuk nenek nya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
7. Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman
8. Sesungguhnya Kami jadikan belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka sampai dagu mereka terdongak
9. Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan dibelakang mereka. Lalu kami tutup pandangan mereka; maka mereka tidak dapat melihat.
10. Dan sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman.



No comments:

Post a Comment