21/06/2013

MANHAJ RAMADAN

ANDAI INI RAMADAN TERAKHIR KU...

Ramadhan adalah bulan perasaan dan rohani. Ketika menjelang bula Ramadhan, sebahagian salafus solih mengucapkan selamat tinggal kepada sebahagian yang lain kerana mereka merasakan bahawa ianya adalah bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan puasa dan solat. Mereka ingin bersendirian hanya dengan Tuhan. Ramadhan telah menggamit qalbu, naluri, jiwa dan lubuk hati yang pernah tersentuh dan disentuh olehnya. Tidak lain dan tidak bukan kerana datangnya penuh keistimewaan.

Namun tanpa kita sedari, dalam penantian menyambut kedatangan Ramadhan tidak semua orang dapat merasainya. Tidak semua orang dapat bertemu dengannya. Bahkan ada juga dalam kalangan rakan karib, teman-teman malah sanak saudara kirta sendiri yang telah meninggalkan kita sebelum datangnya Ramadhan. Alhamdulillah sehingga ke saat ini kita masih dapat membaca coretan ini.

Namun, berapa ramaikah di antara kita yang bersyukur dengan nikmat tersebut? Adakah kita akan dipertemukan dengan Ramadhan pada kali ini? Sesungguhnya mati itu pasti akan tiba. Ini merupakan janji Allah kepada makhluk-Nya sebagaimana Allah telah Berfirman "Setiap yang bernyawa akan merasai mati." (Surah Ali Imran,3:185) Allah juga berfirman :"Dan seandainya engkau (Muhammad)melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, mereka berkata : "Seandainya kami dikembalikan (ke dunia) tentu kami tidak akan mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi ornag-orang yang beriman." (Surah Al-An'am, 6:27)

(Sumber dari Manhaj Ramadhan 1434 hijrah)




12/06/2013

SURAH-SURAH AMALAN PILIHAN

Keluaran terbaru, Tajwid Berwarna. Dilengkapi dengan Surah al-Kahfi, Surah as-Sajadah, Surah ar-Rahman, Surah al-Waqiah, Surah al-Mulk dan Surah al-Insan.
Di datangkan dalam bentuk pakej satu kotak yang mengandungi 25 naskah buku. Sesuai dijadikan simpanan di rumah bagi kegunaan di saat kecemasan antaranya ketika kematian, atau dijadikan hadiah untuk kenalan.
Surah-surah ditulis semula dengan lebih kemas dan jelas
Penandaan tajwid berwarna pada surah-surah
Saiz tulisan lebih besar
Dilengkapi dengan kod warna panduan bacaan
Terdapat wakaf pada akhir setiap mukasurat
saiz 105 mm lebar x 148.5mm tinggi (A5)
Sebagai tambahan kami menyediakan perkhidmatan untuk menulis nama pembeli pada kulit buku (bahagian belakang).



Ingin dapaykan naskah ini hubungi Siti 013-9078349