28/08/2013

DOOR GIFT

Assalammualaikum....

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita semua berada dalam kasih sayang Allah SWT.

Pada pasangan pengantin dan keluarga pengantin yang masih tercari-cari door gift atau hadiah untuk diberikan kepada tetamu yang hadir di majlis perkahwinan saya cadangkan hadiahkan lah mereka dengan naskah-naskah yasin, Al-mathurat, doa Al-Quran atau banyak lagi naskah yang ada di geleri kami. In syaa Allah dapat memberi manfaat kepada pemberi dan penerima...





 
 

Ingin dapaykan naskah ini hubungi Siti 013-9078349

21/06/2013

MANHAJ RAMADAN

ANDAI INI RAMADAN TERAKHIR KU...

Ramadhan adalah bulan perasaan dan rohani. Ketika menjelang bula Ramadhan, sebahagian salafus solih mengucapkan selamat tinggal kepada sebahagian yang lain kerana mereka merasakan bahawa ianya adalah bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan puasa dan solat. Mereka ingin bersendirian hanya dengan Tuhan. Ramadhan telah menggamit qalbu, naluri, jiwa dan lubuk hati yang pernah tersentuh dan disentuh olehnya. Tidak lain dan tidak bukan kerana datangnya penuh keistimewaan.

Namun tanpa kita sedari, dalam penantian menyambut kedatangan Ramadhan tidak semua orang dapat merasainya. Tidak semua orang dapat bertemu dengannya. Bahkan ada juga dalam kalangan rakan karib, teman-teman malah sanak saudara kirta sendiri yang telah meninggalkan kita sebelum datangnya Ramadhan. Alhamdulillah sehingga ke saat ini kita masih dapat membaca coretan ini.

Namun, berapa ramaikah di antara kita yang bersyukur dengan nikmat tersebut? Adakah kita akan dipertemukan dengan Ramadhan pada kali ini? Sesungguhnya mati itu pasti akan tiba. Ini merupakan janji Allah kepada makhluk-Nya sebagaimana Allah telah Berfirman "Setiap yang bernyawa akan merasai mati." (Surah Ali Imran,3:185) Allah juga berfirman :"Dan seandainya engkau (Muhammad)melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, mereka berkata : "Seandainya kami dikembalikan (ke dunia) tentu kami tidak akan mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi ornag-orang yang beriman." (Surah Al-An'am, 6:27)

(Sumber dari Manhaj Ramadhan 1434 hijrah)




12/06/2013

SURAH-SURAH AMALAN PILIHAN

Keluaran terbaru, Tajwid Berwarna. Dilengkapi dengan Surah al-Kahfi, Surah as-Sajadah, Surah ar-Rahman, Surah al-Waqiah, Surah al-Mulk dan Surah al-Insan.
Di datangkan dalam bentuk pakej satu kotak yang mengandungi 25 naskah buku. Sesuai dijadikan simpanan di rumah bagi kegunaan di saat kecemasan antaranya ketika kematian, atau dijadikan hadiah untuk kenalan.
Surah-surah ditulis semula dengan lebih kemas dan jelas
Penandaan tajwid berwarna pada surah-surah
Saiz tulisan lebih besar
Dilengkapi dengan kod warna panduan bacaan
Terdapat wakaf pada akhir setiap mukasurat
saiz 105 mm lebar x 148.5mm tinggi (A5)
Sebagai tambahan kami menyediakan perkhidmatan untuk menulis nama pembeli pada kulit buku (bahagian belakang).



Ingin dapaykan naskah ini hubungi Siti 013-9078349

10/05/2013

JOM WAKAF

Bersempena Ramadhan yang bakal tiba syarikat kami Abad Sinergi Sdn Bhd bebesar hati untuk menganjurkan kempen jom wakaf bersama kami. Program ini mengajak kita semua untuk bewakaf. bahan yang akan di wakafkan ialah naskah Yasin, Al-Mathurat Dan Surah Amalan Pilihan. Kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk menyertai kami dalam kempen ini. kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penerima wakaf sila hubungi saya di 013-9078349 . gambar adalah naskah yang akan diwakafkan.







28/02/2013

FESTIVAL PENGANTIN PKNS FEBUARI 2013 BANDAR BARU BANGI

Pada 22,23 dan 24 febuari yang lepas Abad Sinergi telah membuka booth di pekarangan PKNS bandar baru bangi. Sambutan amat menggalakkan. terima kasih pada semua yang terlibat. semoga dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.